Powered by Blogger.
http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Thursday, April 5, 2012

HATI AL MUHSIN CAKAP...........


Baik...hati Al-Muhsin dah pandai bercakap....

Tajuk kat atas omagad geli..tapi terima seadanyalah kalau dah baca since that AHMAD AL MUHSIN B.MOHAMED NOR adalah budak JIWANG tapi yang KILAT..tak karat munye....


Post yang diterbitkan kali ini berkisarkan sebuah kisah percintaan dua orang insan namun lantaran hati nak sangat berkata-kata, maka terbentuklah post ini..(nape ayat mcm ulang2?...biaq pi suda)


okay,hmm..biar ku berterus terang agar yang terang lagi bersuluh,yang suluh lagi berterang...


aku ini bukanlah seorang manusia yang seronok untuk dicintai...seawal usia ku pandai menyukai orang lain,aku kerap kali gagal mendapat balasan...Pernah ku suka seorang insan yang bukan lelaki(maksudnya perempuan) tatkala zaman kanak-kanak yang comel dahulu (jika dispesifikkan timeline nya,saya berumur 12 tahun*winkwink* )....Tika itu,minat gila bagai nak rak *nak rak tu maksudnya nak sangatlah bukan nak beli rak almari* pada gadis tersebut..dan secara ajaibnya,dapatlah ku berpeluang mengenali dia dan kononnya ada hubungan apentah dengan dia...tapi tidak bertahan lama,rupa-rupanya dia da kenal perkataan "clash" lalu mengaplikasikan kepada saya yang kesian ini...maka tamatlah disitu hubungan dan tidak lagi bertemu since that dah masuk mrsm....


Maka usia yang berlalu tatkala aku sekolah menengah,perasaan yang sama kerap berulang, jatuh cinta kepada gadis lain namun tetap tidak membuahkan hasil walaupun aku ni telah berkorban macam-macam...tapi yalah cinta tak boleh dipaksa...


---------------------DI BAWAH ADALAH POINT SEBENAR POST INI-------------------


         Tapi sedikit berbeza apabila aku mula masuk Kolej Matrikulasi Perak....pada awal waktu menjadi pelajar matrikulasi,ingin juga mencuci mata melihat bagaimana rupa pelajar matrikulasi ini sebenarnya...Jadi kebanyakan mangsa banyaknya didapati di Anjung Siswa..Mata meliar memerhati keletah setiap student dan pada satu saat itu,pandangan terhenti pada seorang perempuan..(nampak pempuan je,dasar gatai)..tengok muka manis,tinggi okay,tak gemuk dan sebagainya..tapi hairannya dia duduk seorang tiada berteman. terfikir pulak mengapa sedemikian..tapi niat hati tak nak mengulangi kesilapan lama, bimbang di-reject omagad malunya..jadi terbatallah hasrat ingin berkenalan..cukuplah sekadar memerhati dari jauh...


       Esok harinya masih lagi melakukan aktiviti sama....mencari orang yang sama.. dan akhirnya...Yahh....jumpak la wey....hmm,tingin pula nak tahu nama tapi modul apa pun tak tawu,apatah lagi nak tahu kelas dan nama lah...beliau masih lagi berada di anjung..tapi dalam ingatan ku yang macam orang tu nyanyuk kerepot ni,imej yang jelas hanya dia,tiada orang lain..aneh..hmm...maka begitulah setiap malam berlalu..menunggu akan kehadiran beliau berlegar di anjung..sehingga satu ketika..aku dah tak nampak dah dia..Mana pergi cik adik???cenggini da hilang...hmm..so tak mengapa...mungkin hari lain ada..tapi bila setiap kali ditunggu dan ditunggu,sudah tidak nampak kelibat beliau..sampai satu saat,aku pun...hmm..putus asa la...


       Dan ada satu ketika tu,waktu kat bistro,aku ternampak dia..aku apa lagi,buat gaya kacak,kontrolla ini macam..tapi rasanya cam dia tak perasan je...dan lepas tu tak nampak lagi dah..Kemudian setelah hampir setengah sem berlalu,facebook saya telah di-add oleh somebody..siapa gerangan??beliau kot..hewhew...apa lagi,tatkala itu berbalas komenlah..hahhah..gelak panjang sekarang...yelah,sekian lama menanti tiba-tiba beliau add..ingin juga aku cari fb beliau namun nama pun tak tahu,tak payah nak sembang cari fb dialah..tapi nak jadi gempak beliau add saya..yeah..pada awalnya segan jugak nak beramah mesra beria-ria sangat,....yelah bukan pernah cakap depan2 pon,nanti kang macam nak tekel senang2 jadi berkomunikasi di fb lah...so,memang tak simpan harapanlah nak lebih2....just jadi kawan pon okay..


      Kitorang selalu jugak kongsi cerita di facebook....beliau salu cerita masalah dia kat aku..maka aku ni sebagai seorang insan prihatin turut sama memahami perasaan beliau dan memberi sumbang saran yang sepatutnya...tapi hubungan hanya terbatas di fb...


  Aku mulai langkah sebagai stalker yang gempak,mula menjejak perbualannya bersama rakan di wall fb dan juga komen-komen yang terpampang...untuk diringkaskan cerita tiba-tiba aku jadi budak perasan, yang dia minat aku....haha tamalu gila wey al-muhsin..hehe..okay da cukup gelak...hmm,dan sampai satu ketika,memang benar apa yang kusangkakan...apabila ku cuba mengorek rasa hati dye pada satu malam itu,beliau meluahkan perasaan yang terpendam kepada incik Al-Muhsin...incik Al-Muhsin pula apatah memang malu sedemikian lalu luahkan benda yang sama...


     Hari berlalu dan pelbagai onak duri serta cabaran ditempuh...aku mula sedar betapa berharganya dicintai sebegitu dalam..dan dalam keadaan separa sedar...sudah 5 bulan....tidaklah begitu lama pun cuma aku rasa inilah pertama kali aku mendapat peluang sebegini....dan aku bimbang hari2 mendatang...


     Aku menanam hasrat agar InsyaAllah,dia aku jadikan teman hidup walaupun bunyinya seperti masih awal lagi..aku tak tabur janji kepadanya,namun aku akan cuba sedaya upaya reserve kan hati aku untuk dia....dan aku harap andai tiada pertemuan untuk jangka masa panjang akan memaniskan hubungan di alam perkahwinan andai ada jodoh..


       Dan para pembaca,gadis yang dinyatakan di atas adalah ..............







                                        Asmida bt awang...



Maka disekiankan sehingga sekarang....cerita seterusnya akan disambung di wordpress...hewhew




2 comments:

memeymeeda said...

mne wordpress nya ? :)

balqisnaqisha said...

aku geli pluss ucp tahniahh . haha . :)