Powered by Blogger.
http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Tuesday, December 27, 2011

HASIL TERMENUNG.

Hasil termenung kadangkala tidak begitu menjamin kebaikan kebiasaannya, walaubagaimanapun aku sedar rupa-rupanya aku kerap juga termenung. biasalah manusia termenung,ada yang berangan nak jadi kaya,ada yang impikan memilki kerjaya yang awesome gila. ada yang berangan nak kahwin dengan awek hotla, dan ada juga yang termenung tapi tak fikir apa-apa,dan inilah termenung yang paling membuang masa.

Jadi apa cerita yang aku nak sampaikan berkenaan termenung ni....?

kerap kali aku termenung pasal kewujudan aku, selalu aku menilai tentang apa yang ada pada diri aku, selalu aku termenung kelemahan aku...namun semua itu hanya sekadar menungan sahaja.tiada langkah yang diambil untuk aku mengubahnya.

Aku sedar aku banyak kekurangan.namun kekurangan itu semua salah aku juga.seawal usia aku dibesarkan dengan kemuliaan.tapi aku campakkan diri ke arah kebinasaan. sekarang untuk aku berpatah kembali ke jalan yang sebenar,nampak sukar untuk aku menembusi halangan berlapis-lapis yang berat untuk aku tepis. 

Mama dan abah beri didikan cukup sempurna, namun aku mengabaikannya sedikit demi sedikit apabila meningkat usia. beberapa kali aku sedar betapa salahnya jalan yang aku pilih untuk hidup. namun tatkala aku cuba untuk mengubah haluannya, pasti aku berundur balik ke jalan yang lama.begitulah yang berlaku setiap hari aku menjalan hidup.

Namun lumrah kehidupan,perlu banyak alami keperitan dan kepayahan untuk mengajar bagaimana erti hidup yang sebenar.

Ada seorang rakan aku yang juga merupakan blogger,banyak mengemukakakan pendapatnya tentang hidup.Tatkala aku mengamati setiap bait ayat yang diluahkan,terbit rasa kagum.sungguh beruntungnya dia dapat menilai kehidupan ini.dan bukan sekadar menilai,malah melihat makna tersirat dan pengajaran yang perlu diambil untuk dia lebih berhati-hati dalam hidup ini.

aku berdoa agar aku akan menjadi insan yang lebih berguna hari demi hari.InsyaALLAH....


2 comments:

Adibah Ishak said...

bekunya air mata kerana kerasnya hati, kerasnya hati kerana banyaknya dosa, banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan, panjangnya angan-angan kerana cintakan dunia.

-Al-Ghazali-

Ape menung lama2 muhsin?.. jom2! sama2 disiplinkan diri..sem 2 lebih baik dari sebelumnya ! B1T8 boleh ! :)

memeymeeda said...

improve yourself . i know u can do it syg .